Saturday, January 8, 2011

Perbincangan Malaikat Buat Syaitan Tercengang ^^

  Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan
dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih
berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam
melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya
pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"
Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya
sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya
lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku
catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan
kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan
akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang
lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala
lagi."



Maka Tercenganglah syaitan mendengarkannya, lalu berkata,"
Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."



Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah
ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan
keseronokkan serta kemewahan dunia.

No comments:

Post a Comment