Wednesday, April 6, 2011

Dear SPM leavers

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni aku nak share something yg maybe ade sesetengah korang yg dah tau tapi aku tetap nk share jgak. Bak kate org, sharing is loving. Tapi tu tak bermakne aku love korang. hoho. Okey, memandangkan aku ni one of SPM leavers, so aku nk share sikit ttg website yg sememangnya akan membantu for your future planning. Aku pun dah jadi one of members dia. Korg boleh tanya ape2 je yg korang tak tau. Pasal matrik ke asasi ke ape2 jela and soalan2 korg tu akan dijawab oleh cikgu yg sememangnya penuh ilmu di dada. Kalau nak join, korg klik sini


Kalau tak tau nak jadi ahli, meh aku nak tunjukkan bagi sesape yg belum tau. Mule2, korang klik link ni http://www.LepasanSPM.com  Then, akan korang isikan ruang yang disediakan.





Lepas klik subscribe, korang check emel. Then, klik for the confirmation utk korang punye 
subscription. Korang tau kan? Alaa. macam nak buat emel tu. Kan kena klik confirmation gak. Then korang bukak page dia kat facebook tu. Kalau tak tau, klik sini. After that, akan keluar la page dia yang kat dalam fb tu. Korang klik kat discussion.




Then, u all boleh tanye ape2 je dengan klik pade start new topic. Ataupun, korang boleh tengok segale pertanyaan dan jawapan org lain kat dalam ni sebagai rujukan. Semuenye telah diexplain oleh cikgu ni dalam jawapan2 dia. So, korang boleh la tengok.

Mesti korang ade yang tanye..


" Alia, ape faedahnye jadi ahli group ni? "

" Kalau setakat tanye je baik tak payah. "


Korang ni, rilek la. huhu. Sebenonye, ade faedahnye. Sepanjang aku jadi member ni, cikgu tu selalu je hantar emel kat aku dan semue student2 yg jadi ahli. Ape yang dia hantar? Dia hantar ilmu. Macam2 ilmu yang dia share. Antarenye...



Salam ALIA NAJIHA BINTI KHAIRON ZAMANI..

Bagaimana dengan tips-tips pada siri emel yang lepas? Sudahkah
anda memahaminya? Saya harap anda sentiasa menyedari akan
peri pentingnya tips pemilihan kerjaya selepas SPM 2010 khususnya.

Jadi, pada emel kali ini saya ingin menerangkan dengan lebih lanjut
lagi mengenai 3 aspek yang boleh digunakan untuk mengenali diri anda
dalam pemilihan kerjaya selepas SPM. Ok, jom ALIA NAJIHA BINTI KHAIRON ZAMANI kita lihat sama-sama.

Terdapat 3 aspek yang boleh digunakan untuk mengenali diri anda:


1. Aspek kebolehan - apa yang mampu menyerlahkan kebolehan dan kekuatan diri anda.
2. Aspek personaliti - apa yang sesuai dengan perlakuan dan cara hidup anda.
3. Aspek motivasi - apa yang dapat merangsang pemikiran dan minat anda.

Aspek Kebolehan


Perkara yang perlu dikenal pasti ialah mengenali diri anda yang sebenar.
Anda perlu mengetahui kebolehan anda dan perkara yang dapat dilakukan
untuk menggunakan kebolehan anda secara maksimum. Sekiranya anda
memilih kerjaya yang tidak anda minati, kebolehan sebenar anda tidak
dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Ini mungkin menghalang anda
untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran anda.

Oleh itu, untuk mengenal pasti kekuatan diri anda, anda harus menjalani
ujian kebolehan. ujian kebolehan ini bertujuan untuk mengenal pasti
kebolehan yang tidak semestinya lahir daripada pembelajaran dan
pengetahuan. Ujian yang diberi akan menguji tahap anda memahami
dan menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah dalam tugasan seharian.




Aspek Personaliti

Fitrah perlakuan manusia ialah kemampuan untuk menyesuaikan diri
dalam apa-apa jua keadaan (fleksibel). Untuk mengenal pasti personaliti
anda, anda harus menjalani ujian personaliti. Ujian ini akan menganalisa
pemikiran, perasaan dan perlakuan anda. Ujian personaliti berbeza dengan
ujian kebolehan kerana dalam ujian ini, tiada jawapan yang betul atau
salah. Apapun jawapan yang anda berikan adalah datang dari dalam diri
anda sendiri.

Aspek Motivasi

Sesetengah orang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dan
kemahiran yang baik tetapi tidak berjaya dalam hidup. Ada juga orang yang
tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, tetapi mempunyai kemahiran
dan kemahiran itu digunakan sehingga membawa kejayaan kepada mereka.
Kejayaan seseorang itu banyak ditentukan oleh motivasi. Motivasi dapat
membakar semangat seseorang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh
sehinga berjaya. Motivasi terdapat dalam beberapa bentuk, seperti kata
nasihat daripada orang yang disayangi atau mentor,faktor material seperti
wang ringgit, kepuasan mental, meraih pujian ataupun sebagai satu cabaran.




Kadang-kadang kita menjadi keliru dengan sumber motivasi yang ada,
sama ada membawa sesuatu yang baik pada diri kita atau tidak. Ujian
motivasi akan menolong anda menilai motivasi peribadi yang anda miliki
dan hal ini bertujuan untuk mencorakkan kerjaya dan hala tuju anda.
Ujian ini dapat memberikan panduan kepada anda tentang kerjaya yang
lebih sesuai untuk anda ikuti berdasarkan minat anda.




Adakah wujud faktor-faktor yang tidak dapat diukur? 


Jawapannya, YA.




Pertama, ada beberapa jenis kerjaya yang memerlukan ciri-ciri fizikal
yang mungkin tiada pada diri anda.




Kedua, halangan dari segi kelayakan akademik. Misalnya, jika minat
anda menjurus kepada bidang perubatan, tetapi anda tidak mempunyai
kelayakan akademik untuk menjadi seorang doktor ataupun jururawat,
sudah tentu amat sukar untuk merealisasikan impian anda.


Jadi, ujian-ujian ini hanyalah bertindak sebagai panduan untuk anda
mengenal pasti kebolehan anda untuk disesuaikan dengan kerjaya yang
anda minati.

Ok,setakat ini dulu yea. Kita berjumpa lagi di lain hari.Nantikan tips
mengenai jenis-jenis kerjaya yang disediakan untuk anda selepas SPM
pula kelak.Semoga saya menceriakan hari anda serta saya doakan agar
anda sentiasa berjaya!!


Ikhlas,
- Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh

JUMPA SAYA DI FACEBOOK: www.Facebook.com/panduanselepasSPM

JANGAN LUPA LAYARINYA: www.LepasanSPM.com   



dan ini yg baru aku dapat tadi...



Assalamualaikum w.b.t bagi anda yang beragama Islam dan selamat
sejahtera kepada anda yang bukan beragama Islam.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 
ALIA NAJIHA BINTI KHAIRON ZAMANI yang telah mengikuti pelbagai tips
yang telah saya berikan sebelum ini.

Untuk entri pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan ALIA NAJIHA BINTI KHAIRON ZAMANI
mengenai jenis kerjaya yang ada selepas SPM. Jom, mari kita
sama-sama lihat..

Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada
lapan bidang utama:

1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan

Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:

1. Kewangan/Perniagaan
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan,
suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)

  1. Pentadbiran dan pengurus bank
  2. Perancang dan pengurus kewangan
  3. Pengurus dan agen insurans
  4. Eksekutif jualan dan pemasaran
  5. Pengurus pengiklanan
  6. Eksekutif akaun
  7. Akauntan/juruaudit
  8. Aktuari
  9. Pegawai bank
  10. Pemerosesan data
  11. Penganalisis data
  12. dan lain-lain
2. Penulisan dan Komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)

  1. Wartawan
  2. Editor
  3. Jurubahasa
  4. Penterjemah
  5. Penerbit rancangan radio/televisyen
  6. Pengacara radio/televisyen
  7. Penulis skrip
  8. Perunding komunikasi
  9. dan lain-lain
3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)

  1. Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
  2. Doktor haiwan
  3. Jururawat
  4. Pembantu makmal/pembantu perubatan
  5. Juru radiologi
  6. Ahli farmasi
  7. Juru terapi
  8. Saintis
  9. Ahli biologi/kimia
  10. Pakar nuklear
  11. Ahli geologi/geofizik
  12. dan lain-lain
4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)

  1. Pengurus perjawatan
  2. Pegawai sumber manusia
  3. Pegawai tadbir
  4. Pembantu undang-undang
  5. Kerani
  6. Setiausaha
  7. dan lain-lain
5. Seni Reka dan Kreativiti
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)

  1. Pelukis
  2. Pelukis grafik/batik
  3. Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
  4. Pereka bentuk dalaman
  5. Jurugambar
  6. Juru solek
  7. dan lain-lain
Banyak lagi ye jenis kerjaya.Nanti saya ingin kongsi lagi untuk anda yea..


Ikhlas,
- Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh

JUMPA SAYA DI FACEBOOK: www.Facebook.com/panduanselepasSPM
JANGAN LUPA LAYARINYA: www.LepasanSPM.com  










p/s : Baguih betoi cikgu yang wat website ni. :D



No comments:

Post a Comment