Thursday, March 3, 2011

Anda suka mandi malam?

Salam rakan2 ku yg amat dicintai..sempena hari Jumaat yang mulia ni, aku nak share la skit ilmu2 yang aku kutip dalam tenet ni..dah lame aku tak share2 ngan korg..kalau nak share topup tu, sila tinggalkan nombor tepon anda..keh3..kate orang, sharing is caring..kononnye laa.

So, aku nak tanya ampa laa..ampa suka mandi malam? apa dia?? ampa tak penah mandi? fuh, mesti duk kat planet Marikh..tak pun Zuhal..keh3..teringat kat cita sailormoon plak planet2 ni..sebenaqnya, mandi ni memang la baguih, tapi kalau dah pukul 8 and above tu, toksah duk mandi laa..bahaye..tu cari pasal namenye..selalu je ade orang cakap, kalau mandi malam ni, paru-paru berair la, hati berair la, jantung lembap la..yang tu, aku tak tau la betul ke tak..tapi yang pastinye, efek mandi malam ni agak membuatkan life seseorang tu sengsara wa cakap lu..


Ripley's Believe It Or Not..


UMAR membetulkan kedudukan bantal isterinya, Asnah di Bukit Lintang, Melaka semalam.



MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!
Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.

"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.

Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.

"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.
"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.

Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.

"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya

Sumber Harian Kosmo


                                  ***********************************************



Haa..ampa tengok ni..sampai boleh jadi lumpuh oo..aku tak sangke pulak teruk sampai cmni..aku ingat kalau selalu mandi malam ni, boleh terketaq2 je malam tu..so, kalau dah pukul 8 tu aku rasa takpe lagi..sebab aku pun selalu je mandi kul 8..hahaha..tapi, mase dulu2 zaman sekolah, aku kan duk hostel..so kekadang balik prep je mesti panas gile ah..tak tahan dah..aku pulak bantai pegi mandi kul 11..tapi takdela selalu.


" Wey Aliaa..ang tak mau join aku mandi kaa..best oo..sejuk je."

" Uihh..boleh2..aku pun paneh gile ni.."

" Haaa..baguih..tapi aku nak bertapa lama skit lam toilet ni.."



Haa..tu la dia..tak dak keja sungguh duk bertapa lam toilet..tapi, tak elok la mandi malam2 ni..bahaya..baik ampa mandi pagi2 je lagi baguih..kah3..so, kalau time malam tu, try jadi kambing..toksah mandi..






p/s : wey, syok mandi shower ka kolah ka prigi? keh3

9 comments:

  1. betol-betol..mama aku pon slaloo je ckp mcm 2 T.T

    ReplyDelete
  2. so jgn mndi ye..eh silap
    jgn mndi mlm ye..haha

    ReplyDelete
  3. adussss~ nak jadi mcm kambin la..haha

    ReplyDelete
  4. selalu main futsal mlm2..tpi takan tak mndi huhu.. ok kot kalau mndi mlm kalau lepas bersukan???

    ReplyDelete
  5. ishh takotnye..xmo mandi mlm dah T__T
    recent post : |nak apply DPLI 2011??|

    ReplyDelete
  6. renjer, klu yg tu kne mndi ah..nnti sian kt katil..kah3

    ReplyDelete
  7. anamizu, so mndila siang2 je ye..huhu

    ReplyDelete